Semua segenap lapisan masyarakat dijemput menyertai FIT Malaysia Pokok Sena "Cabaran Bukit 8888" sempena Hari Sukan Negara pada 10hb Oktober 2015. Jumpa kat sana!
Tuesday, 29 September 2015
Saturday, 26 September 2015
Ibadah Qurban 1436H.
Sekitar Majlis Ibadah Qurban seluruh Dun dalam Parlimen Pokok Sena bagi 1436H/2015. Semoga beroleh keredhaan Allah SWT.
Tuesday, 22 September 2015
Salam Aidil Adha 1436H.
Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud : “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.” Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436H dari seluruh saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena. Maaf zahir dan batin...
Monday, 21 September 2015
Al-Fatihah
Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Muda Kedah, Tunku Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Al Haj. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan roh Almarhumah. Al-Fatihah...
Tuesday, 15 September 2015
Selamat Hari Malaysia ke-52
Selamat Hari Malaysia ke-52. Marilah bersama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat perpaduan, keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.
Selamat Hari Malaysia!
Selamat Hari Malaysia!
Sunday, 13 September 2015
Takziah
Salam takziah dari seluruh saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena buat keluarga Jemaah Haji yang terkorban. Al-fatihah...
Friday, 11 September 2015
Zairah Ukhuwah
Yang Berbahagia Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Tuan Haris Che Mat, Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dan Ustaz Fazli menziarahi mantan AJK UMNO Bahagian Pokok Sena dan Mantan Ketua UMNO Cawangan Pokok Pauh yang mengalami strok di Kampung Pokok Pauh, Pokok Sena.
Lawatan Pondok Bukit Lada
Yang Berbahagia Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Tuan Haris Che Mat, Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dan Ustaz Fazli, Pegawai Khas Agama melawat Pondok Bukit Lada yang terbakar baru-baru ini.
Al-Fatihah
May Allah give them highest status in Jannah Al Firdaus and may Allah protect all. إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Monday, 7 September 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)