Friday, 25 March 2016
KARNIVAL SUKAN UMNO
YBhg Dato' Said Ali KUB hadir ke Karnival Sukan UMNO Pertandingan Bowling Terbuka Anjuran UMNO Bahagian Pokok Sena dengan Kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pokok Sena di Aman Central Turut hadir Bersama YBhg Dato' TKB, Ketua Pemuda UMNO Kamarol Salleh, Ketua Puteri, Barisan Ahli Jawatankuasa 4 Sayap Ketua-Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda, dan Puteri serta Ahli-ahli UMNO Cawangan dengan adanya Program Sebegini dapat menjalinkan kemesraan antara satu dengan yang lain.
Thursday, 24 March 2016
PERASMIAN MESYUARAT PIBG
Tuesday, 22 March 2016
KARNIVAL WAU TELAGA MAS
Karnival Wau Telaga Emas yang bertempat di Kampong Pulau Bidin yang berlangsung dari 20 Mac 2016 - 22 Mac 2016 dengan 300 Penyertaan.Disempurnakan Oleh YBhg Dato' Hj Ariffin bin Man Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena turut hadir bersama Setiausaha UMNO Bahagian serta Barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan masyarakat setempat.Terdapat jugak gerai-gerai jualan makanan dan minuman. Walaupun keadaan di pokok sena terlalu panas tetapi suasana begitu meriah sekali dengan kehadiran masyarakat setempat. Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.
MESYUARAT PIBG
YBhg Encik Haris bin Che Mat Naib Pengerusi Majlis Pembagunan Luar Bandar Parlimen Pokok Sena mewakili YBhg Dato' Said Ali bin Syed Rastan Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar Kali Ke- 39 turut Hadir bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena serta Ketua-ketua cawangan berdekatan.
Saturday, 19 March 2016
TAKLIMAT PERSIDANGAN CAWANGAN 2016
Taklimat Persidangan Cawangan 2016 & Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan-Cawangan & Sayap-Sayap Cawangan disempurnakan oleh YBhg Dato' Said Ali Syed Rastan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena turut hadir bersama ialah YBhg Dato' Haji Ariffin TKB, En Haris Che Mat NKB, Dato' Ketua Wanita, Ketua Pemuda,Ketua Puteri serta Ahli Jawatankuasa 4 sayap. Pekara yang di tekankan ialah tentang Daftar Pemilih untuk menghadapi PRU Ke-14, serta isu-isu semasa.
Thursday, 3 March 2016
PERASMIAN TAKLIMAT PERSIDANGAN
Majlis Perasmian Taklimat Persidangan Tahunan Pergerakan wanita UMNO Cawangan-cawangan Tahun 2016 bagi Dun Bukit Pinang Dan Derga Di Dewan Taman Nuri. Disempurnakan oleh YBhg Dato' Said Ali Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena
SUMBANGAN BAKTI KASIH
Program Sumbangan Bakti Kasih Tahun Baru cina anjuran JPP Zon 11 di Dewan Orang Ramai Lorong Dewan Di sempurnakan Oleh YBhg Dato' Said Ali Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena. Turut hadir bersama ialah Dato' Dr Cheah Soon Hai, Mr Teoh Eng Soon Pengerusi JPP Zon 11, En Khor Ah Lye, Setiausaha dan Barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena.
KARNIVAL SUKAN UMNO
Mesyuarat persediaan Karnival Sukan UMNO Bahagian Pokok Sena bagi tahun 2016 di Pengerusikan Oleh YBhg Dato' Haji Ariffin Bin Man Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok sena. Karnival tersebut yang akan berlangsung pada 25 Mac 2016. Banyak acara yang di pertandingkan. Untuk maklumat lanjut boleh datang ke Pejabat UMNO Bahagian Pokok sena.
Tuesday, 1 March 2016
BENCANA KEBAKARAN
Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah bersama Dato' Hj Ariffin Man serta SUB Mohamad Abdullah Barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena, JKKK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang melawat serta menyampaikan sumbangan kepada rumah mangsa kebakaran 5 sekeluarga di lorong seri dalam Cawangan Alor Melong bersempadan dengan Alor Setar Kedah petang tadi. Ketua Keluarga dan anak sulong mangsa melecur di badan dan di masukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Subscribe to:
Posts (Atom)