Sunday, 29 January 2017

Undangan Perkahwinan

Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena memenuhi undangan walimatul urus anak Ketua Wanita UMNO Cawangan Derga di Lorong Shariff, Derga. Turut bersama, Pengerusi JKKK sekitar Dun Derga. Semoga pasangan pengantin, bahagia ke anak cucu.




Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Dato' Said Ali Syed Rastan dan Dato' Ariffin Man bersama YAB Menteri Besar dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2017 PGRM Negeri Kedah pagi tadi. Gong Xi Fa Chai!









Saturday, 28 January 2017

Undangan Perkahwinan

Memenuhi undangan walimatul urus di Kampung Darat Hutan Kampung bersama TKUB, SU serta AJK UMNO Bahagian Pokok Sena. Sempat bergambar bersama YB Exco Negeri Kedah, Dato' Mohd Rawi Abdul Hamid yang turut hadir di majlis yang sama.


Tahun Baru Cina 2017

Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dan timbalannya Dato' Ariffin Man serta rakan-rakan AJK UMNO Pokok Sena hadir meraikan Tahun Baru Cina di rumah Ketua MCA Bahagian Pokok Sena, Dato' Goh Chin Cheong awal pagi Tahun Baru Cina.


Thursday, 26 January 2017

Gong Xi Fa Cai

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai daripada seluruh saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena.


Ziarah Kasih - Kampung Apil

Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dan Dato' Ariffin Man, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena serta Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena menyantuni seorang ahli UMNO yang sakit di Kampung Apil, Pokok Sena. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah S.W.T.




Ziarah Kasih

Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dan Dato' Ariffin Man (Tuan Aman) Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena serta Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena menyantuni dan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada veteran Umno di Taman Sena, Pokok Sena.


Bantuan Barakah TBC 2017

Majlis Penyampaian Bantuan Barakah sempena Tahun Baru Cina oleh UMNO Bahagian Pokok Sena bertempat di Flat Taman Setia Jaya dalam Parlimen Pokok Sena. Turut sama Timbalan Presiden Gerakan Malaysia, Dato' Cheah Soon Hai.







Wednesday, 25 January 2017

Sumbangan Tahun Baru Cina 2017

Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Dato' Said Ali Syed Rastan, Dato' Goh Chin Cheong dan Dato' Ariffin Man, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena serta barisan Jawatankuasa Umno Bahagian Pokok Sena bersama dalam Program Sumbangan Kewangan dan Barangan Keperluan Harian sempena Tahun Baru Cina kepada penerima Kaum Tionghwa Parlimen Pokok Sena bertempat di Dewan Bomba Pokok Sena.







Tuesday, 24 January 2017

Ziarah Kasih

Dato' Ariffin Man, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena mewakili UMNO Bahagian Pokok Sena bersama Tuan Bendahari menyantuni 2 buah keluarga  di Kampung Tanjung Musang, Pokok Sena.



Ziarah Kematian

Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena bersama Dato' Ariffin Man, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena serta pimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena menziarahi kematian di Taman Seri Kota, Langgar.  Semoga Allah menempatkan arwah disisi kekasihNYA. Al-Fatihah.