Tuesday, 28 February 2017

Zairah

YBhg Dato' Ariffin Man (Tuan Aman) mewakili Dato' Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena bersama rakan-rakan menemani YBhg Dato' Shaiful Hazizy, Setiausaha Politik YAB MB Kedah menziarahi dan melawat keluarga arwah Abdul Azim Amzar di Kampung Belukar Hutan Kampung (pelajar Malaysia yg mati lemas di New Zealand). Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham. Salam takziah dari seluruh saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena. Al-Fatihah.









Monday, 27 February 2017

PIBG - SK Haji Idris

Dato Ariffin Man, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena mewakili Dato' Said Ali Syed Rastan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Haji Idris kali ke 43 dan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bertempat di Anjung Selera SK Idris pada 27hb Februari 2017, jam 3.00 petang.







PIBG SK Tunku Raudzah

Dato' Said Ali Syed Rastan merasmikan Mesyuarat Agung PIGB Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah kali ke 42 pada 26hb Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Dewan SKTR. Banyak kejayaan yang telah dicapai dan boleh dibanggakan. Didoakan semoga sekolah ini terus melahirkan generasi pewaris agama, bangsa dan negara yang hebat.












Ramah Mesra - Taman Seri Kota

Program Ramah Mesra bersama pimpinan akar umbi di Taman Seri Kota, Langgar serta penyerahan Sumbangan Barakah kepada asnaf terpilih.




Wednesday, 22 February 2017

PDM Bukit Pinang

Perjumpaan bersama penyelaras, ketua dan petugas PDM Bukit Pinang malam tadi di kediaman Naib Ketua Wanita Bukit Pinang, Puan Khalijah Ahmad. Taklimat kesiapsiagaan PDM Bukit Pinang disampaikan oleh Timbalam Ketua PDM saudara Halim serta beberapa slot oleh Ketua Penerangan Umno Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin. Dato' Said Ali Syed Rastan dan Dato' Ariffin Man (Tuan Aman) juga berkesempatan memberi sedikit penjelasan berhubung keadaan terkini serta isu isu semasa.







Monday, 20 February 2017

Pelancaran Skuad Sukarelawan Anak Muda Pokok Sena

Jemputan ke Pelancaran Skuad Sukarelawan Anak Muda Pokok Sena anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena yang akan disempurnakan oleh Dato' Shaiful Hazizy, Ketua Pemuda UMNO Kedah merangkap Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah.

Tarikh : 25 Februari 2017 (Sabtu)
Jam : 8.00 pagi
Lokasi : Tapak Pekan Sehari Kampung Bukit, Pokok Sena.

Jom pi beramai-ramai!



Sunday, 19 February 2017

Sumbangan Pemuda - Derga

Penyerahan "Punching Bag" untuk Kelab Tomoi Kubang Buaya, Derga dari Kamarol Salleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena. Sumbangan disampaikan oleh Saudara Rahmat, SU PPUBPS.




Sumbangan Barakah - Puteri

Program Sumbangan Barakah Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pokok Sena siri seterusnya diketuai Azifah Abdul Rahman selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pokok Sena.






Saturday, 18 February 2017

Sumbangan Barakah - Pemuda

Perjalanan Sumbangan Barakah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena menjengah akar umbi sekitar Dun Derga pada 18.2.2017.