Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan kepada yang penduduk terpilih Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar, Alor Setar awal pagi semalam. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.
Friday, 31 March 2017
Sunday, 26 March 2017
Mesyuarat PIBG Sk Nawa
Dato' Said Ali Syed Rastan merasmikan Mesyuarat Agung PIGB Sekolah Kebangsaan Nawa kali ke 37 sebentar tadi. Semoga sekolah ini terus berjaya melahirkan anak-anak cemerlang dunia & akhirat.
Wednesday, 22 March 2017
Bengkel Keibubapaan Prasekolah Kemas
Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena merasmikan Bengkel Keibubapaan Tabika & Taska Kemas Parlimen Pokok Sena Tahun 2017. Semoga usaha ini dapat melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
Saturday, 18 March 2017
Majlis Perasmian Persidangan UMNO Cawangan Negeri Kedah
Sekitar Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan Seluruh Negeri Kedah 2017 bertempat di Kompleks Kemas Alor Biak, Jerlun. Himpunan Gempur Pemuda 2017 terdahulu mengambil tempat dengan penyertaan lebih 1000 buah motosikal dikalangan pemuda dari semua bahagian UMNO seluruh negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar Kedah dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa berkonvoi ke tapak majlis.
Friday, 17 March 2017
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat DUN Bukit Pinang dan DUN Derga disempurnakan oleh YBhg. Dato' Said Ali bin Syed Rastan, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar merangkap Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena awal pagi tadi, bertempat di SMK Hutan Kampung.
Thursday, 16 March 2017
Persidangan Cawangan 2017
Majlis Taklimat dan Perasmian Persidangan Cawangan, Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri 2017, 16hb Mac 2017, jam 3.00 petang, bertempat di Sekolah Menengah Pokok Sena.
Monday, 13 March 2017
PIBG - SMK Langgar
Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena merasmikan Mesyuarat Agung PIGB Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar kali ke 32 petang ini. Dengan kehadiran begitu ramai para waris pelajar membuktikan hubungan yang erat antara pentadbiran sekolah dengan ibu bapa. Tahniah SMK Langgar!
Saturday, 11 March 2017
Penutupan Retreat UMNO Pokok Sena
Majlis Penutupan Retreat UMNO Bahagian Pokok Sena oleh Dato' Seri Paduka Ghazali bin Ibrahim 11hb Mac 2017 bertempat di Eagle Bay Hotel, Langkawi.
#umno
#umnokedah
#umnopokoksena
#muafakatkedah
Subscribe to:
Posts (Atom)