Selamat Menyambut Hari Pekerja 2017 daripada UMNO BAHAGIAN POKOK SENA
Saturday, 29 April 2017
Friday, 28 April 2017
Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia
Sekitar Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Daerah Kota Setar/Pokok Sena & Sukan Sungai 2017 bertempat di Persisiran Sungai Santap, Jabi, Pokok Sena bermula 28 & 29hb April 2017.
Monday, 24 April 2017
Program KRT
Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena menyempurnakan perasmian Program Larian Muhibah KRT Kampung Tanjung Inggeris & Taman Alor Keladi, Langgar. Aktiviti yang baik untuk melahirkan sebuah masyarakat sihat dalam suasana muhibah. Tahniah kepada penganjur!
Salam Israk & Makraj 1438H.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjid Al-Haraam ke Masjid AlAqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Sunday, 23 April 2017
Bersama Tuan DO Pokok Sena
Dato' Said Ali Syed Rastan mengadakan pertemuan bersama Tuan Pegawai Daerah Pokok Sena, Tuan Haji Faudzi bin Ahmad di Pejabat Daerah Pokok Sena.
Saturday, 22 April 2017
Persidangan Agung Pertubuhan Amal Ma'aruf
Ketua Bahagian UMNO Bahagian Pokok Sena, Persidangan Agung Pertubuhan Amal Ma'aruf Mukim Lepai kali ke-11 pada 22hb April 2017, jam 3.00 petang bertempat di Surau Kubang Lintah.
Friday, 21 April 2017
PVATM
Dato' Said Ali Syed Rastan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 23, 2017 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Pokok Sena (PVATM) petang tadi. Semoga perwira-perwira negara ini terus menyumbang kepada negara tercinta.
Program Barakah Pemuda - Skuad Sukarelawan Anak Muda Pokok Sena
Dato' Said Ali Syed Rastan, Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena bersama Dato' Seri Paduka Ghazali Ibrahim, Setpol YAB Dato' Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia dalam Program Barakah Pemuda & Sukarelawan Anak Muda Siri ke-2, PDM Gajah Mati, Kampung Padang dan Bukit Payong. Bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Al-Kausar dan berakhir dengan Sumbangan Barakah dari rumah ke rumah. Turut sama, Dato Ariffin Man (Tuan Aman) dan pimpinan cawangan sekitar. Tahniah Kamarol Salleh, atas program yang bermanfaat ini.
Wednesday, 19 April 2017
Mara Liner
Pertukaran Dokumen di antara Mara Liner Sdn. Bhd. dan Go Automobile Manufacturing Sdn. Bhd disaksikan oleh YAB Dato' Seri Najib Razak Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)