Monday, 27 July 2015
Rumah Terbuka Aidil Fitri 1436H.
Saf Kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena dengan hormatnya menjemput YB/Dato'/Tuan/Puan ke Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pokok Sena pada 2hb Ogos bersamaan 17 Syawal 1436H (Ahad) mulai jam 11.30 pagi hingga 3.30 petang di Padang KEDA Taman Teratai, Jalan Langgar, Alor Setar Kedah.
Wednesday, 15 July 2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Saya dan keseluruhan saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada penduduk Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.
Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat.
UMNO Bahagian Pokok Sena akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti berikut;
Tarikh : 02 Ogos 2015
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Pokok Sena, No. 1 Taman Amira, Jalan Langgar, 06500 Alor Setar Kedah.
Masa : 8.00 malam.
Kepada yang akan menyambut Aidilfitri di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan kami mendoakan perjalanan pulang yang selamat.
Sekali lagi saya dan saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Dato' Said Ali bin Syed Rastan
29 Ramadhan 1436 Hijrah
Tuesday, 14 July 2015
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan - Dun Bukit Lada
Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim & golongan berpendapatan rendah pada 13hb Julai 2015 bertempat di Masjid Jabi, Pokok Sena, Kedah.
Program Motivasi SMK Pokok Sena
Majlis Perasmian Penutupan Program Motivasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2, Taman Bandar Baru, Pokok Sena, Kedah.
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan - Derang
Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan pada 12hb Julai 2015 bertempat di Masjid Kampung Kedundung, Pokok Sena, Kedah.
Saturday, 11 July 2015
Lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Kedah Darul Aman - Ramadhan 1436H.
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak bersama rakyat negeri Kedah Darul Aman pada 11hb Julai 2015 bertempat di Masjid Al-Bukhary, Jalan Langgar Alor Setar.
Friday, 10 July 2015
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan - Derga
Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim & golongan berpendapatan rendah pada 10hb Julai 2015 bertempat di Masjid Al-Taqwa, PKNK, Alor Setar Kedah.
Thursday, 9 July 2015
Majlis Berbuka Puasa & Bantuan - Bukit Pinang
Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim & golongan berpendapatan rendah pada 09hb Julai 2015 (Khamis) bertempat di Masjid Bukit Pinang.
Monday, 6 July 2015
Majlis Sumbangan dan Berbuka Puasa HSB
Majlis Penyampaian Sumbangan Kuih Raya Bersama YAB Menteri Besar Kedah dan Majlis Berbuka Puasa di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 6hb Julai 2015.
Majlis Pembayaran Elaun JKKK Parlimen Pokok Sena
Majlis Penyampaian Elaun Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Pokok Sena telah diadakan pada 6hb Julai 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar Lepai.
Subscribe to:
Posts (Atom)