Wednesday, 15 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Saya dan keseluruhan saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada penduduk Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.
Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat.
UMNO Bahagian Pokok Sena akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti berikut;
Tarikh : 02 Ogos 2015
Tempat : Pejabat UMNO Bahagian Pokok Sena, No. 1 Taman Amira, Jalan Langgar, 06500 Alor Setar Kedah.
Masa : 8.00 malam.
Kepada yang akan menyambut Aidilfitri di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan kami mendoakan perjalanan pulang yang selamat.
Sekali lagi saya dan saf kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Dato' Said Ali bin Syed Rastan
29 Ramadhan 1436 Hijrah


No comments:

Post a Comment